Tabiat Waktu Makan Yang Hanya Orang Malaysia Je Faham

Dibina atas kekuatan berbilang kaum dan bangsa di negara kita, Malaysia juga amat kaya dengan pelbagai pilihan dan jenis makanan.

Disebabkan itu, ada pelbagai jenis cara makan yang berbeza, dan ini menjadikan kita, Malaysia amat istimewa. Berikut adalah 8 tabiat waktu makan yang berbeza, yang hanya orang Malaysia je faham!

Kita Sering Ragu-Ragu Dengan Tempat Makan

Soalan “Nak makan kat mana?” adalah satu benda ‘wajib tanya’ sebelum nak makan, walaupun kita ada banyak pilihan kedai makan di sekeliling kita!

Kita Sangat Bertolak Ansur Bila Bab Makan

Teringat masa kecil dahulu, ibu kita selalu dah siap sedia makanan untuk kita. Tapi dah dewasa ni, kita pun makan jelah apa-apa yang senang nak makan. Asal boleh isi perut pun dah ok!

Kita Kaji Makanan Seperti Kajian Terpenting Abad Ini

Bila nampak gambar-gambar menarik makanan seperti dalam blog, review, dan tepi jalan, kita mesti tak lepas peluang untuk baca dan ‘kaji’ makanan tu.

Pedas Itu Pasti!

Boleh dikatakan semua makanan wajib di Malaysia dicipta dengan rasa pedas. Orang yang tak makan pedas pun mesti akan makan makanan yang pedas punyalah!

Kita Tidak Hanya Makan Makanan Kita Order

Bila makan, kita bukan je makan makanan yang kita order. Nak rasa sikit makan makanan kawan. Habis round satu table weyh!

Makan Apa Pun, Last-Last Mesti Cari Nasi

Yeah, nasi tu dah macam darah daging kita. Makan lah apa-apa pun, last-last mesti kita cari nasi jugak kan?

Pergi Mana-Mana Pun Boleh Makan

Duduk di kerusi dalam restoran atau ketika di meja makan dalam rumah itu adalah cara tipikal semua orang buat bila makan. Tapi, sebagai orang Malaysia, takde istilah ‘meja makan’ sebab meja makan kita boleh jadi dalam kereta, atas katil, semasa berjalan atau semasa berkerja.

Tiba-Tiba Kita Buat Keju Untuk Semua Makanan!

Chewy cheese balls, cheesy wedges, ayam goreng bersama sos keju, cheesecake ice cream, dan semua benda adalah didatangkan dengan keju. Pergh!

sumber : erafm

Orang Malaysia ni, sembang sahaja pasal makanan automatik pasti akan terliur

Ha, nampak kan kenapa makanan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kerana makanan, kita sanggup dan tidak kisah untuk beratur panjang, makanan buat kita happy dan paling penting makanan menyatupadukan kita. Ya, bukan hanya sukan dan muzik saja yang menjadi agen perpaduan dan keharmonian di Malaysia ini.

Kenapa begitu? Katalah satu hidangan ini berasal dari sebuah negeri, hidangan itu tidak eksklusif untuk negeri itu sahaja. Semua orang boleh duduk bersama untuk enjoy dan makan. Untungnya duduk di Malaysia!

Di setiap negeri serata Malaysia, ada menu istimewanya yang tersendiri. Pasti ada hidangan traditional khas yang menjadi resepi turun temurun. Patutlah kalau kita pergi mengembara ke luar negara, kita akan rindu masakan yang sedap-sedap belaka di tanah air. Di negara luar, tak ada makanan yang setanding dengan keunikan dan kesedapan makanan di Malaysia ini.

Kalau di Perak, kita ada rendang tok. Rendang tok ini kalau di Perak, tidak seasonal. Bermakna kalau bukan hari raya pun anda boleh makan rendang. Kalaulah anda dalam perjalanan ke Utara, jangan lupa singgah RnR Tapah. Ada jual rendang tok yang sedap.

Kalau kita ke Sarawak, kita ada mee kolok. Bagi yang tak pernah makan mee kolok, sesungguhnya anda kerugian. Tekstur mee kolok ini yang sedikit kenyal berbanding mee biasa apabila di makan dengan supnya, memang lain macam.

Kalau kita ke Johor, kita ada laksa Johor. Uniknya laksa Johor ini adalah laksa Johor menggunakan spaghetti, dan tidak menggunakan laksa yang biasa. Secara tradisinya, laksa Johor dimakan dengan tangan dan tidak menggunakan sudu dan garfu.

Kalau kita ke Negeri Sembilan, ada pula masak lemak cili api. Kalau yang tak biasa makan pedas, boleh gila jadinya. Masak lemak ini pun ada banyak jenis. Nak yang biasa ada, nak yang guna daging salai pun ada. Ikut diri nak yang mana.

Sumber : thevocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *