Sajat Luahkan Sesuatu Di Majlis Hari Jadi Dia Dan MemBongkarkan “PLAN” Dia Apa Akan Terjadi Selepas Ini

USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman berkata dia turut terkilan apabila filem lakonan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Badang menerima kecaman hebat netizen.

Menurut Sajat, 32, Aliff sudah memberikan yang terbaik dan secara peribadi dia sentiasa menyokong perjuangan sahabatnya itu.

SAJAT PUJI LAKONAN DATUK ALIFF SYUKRI

“Saya dah tonton filem Badang, lakonan Aliff bagus. Saya pun turut bersedih apabila dia dikecam. Tapi iyalah, mulut orang tak boleh nak ditutup.

“Soal kecaman dan kritikan, kami sudah biasa. Saya kena kecam, dia kena kecam. Dalam hal ini, nasib kami sama.

“Apa yang boleh saya kata, tak semua orang suka apa yang kita buat, yang penting kita bekerja dengan jujur dan ikhlas,” katanya kepada mStar Online.

Sajat ditemui ketika majlis kenduri kesyukuran dan sambutan ulang tahun kelahirannya di Wisma Nur Sajat, di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Sajat bersama dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza

 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh kaum keluarga serta dimeriahkan dengan kehadiran 80 anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini meminta netizen tidak berterusan memberi kecaman kepada mereka.

Sajat turut berharap masyarakat tidak mudah menghakimi orang lain hanya kerana melihat kehidupan mereka di laman sosial.

PESANAN SAJAT UNTUK HATERS

“Jangan kecam sangat sayang. Kalau anda kecam sekalipun, kami tetap macam ini. Kecaman dan kata-kata negatif tiada kesudahan, lebih-lebih lagi zaman media sosial ini.

“Kadang-kadang apa yang kita buat ada sebabnya, jadi masyarakat di luar jangan cepat melatah dan semudah itu menghakimi hidup orang lain.

“Sejujurnya, hati saya ini sudah berkecai tetapi saya gagahkan juga demi meneruskan kehidupan. Sehinggakan, ada yang gelar Sajat sebagai Ratu Kecaman,” ujarnya.

KEJUTAN UNTUK PEMINAT SAJAT DAN NETIZEN SEMUA

Bercakap mengenai karier nyanyian, Sajat berkata dia bakal muncul dengan single baharu berjudul Makhluk Penggoda tidak lama lagi.

Mari Layan Nyanyian Solo Sajat Di Karaoke

Ramai Tak Tahu Sebenarnya Hanya Dia Ini Seorang Sahaja Boleh Tegur Aliff Syukri

Siapa Aliff Syukri Sebenarnya?

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama.

Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

BERNIAGA?

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan pada sekarang ini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihat di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.

Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, ‘bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting’. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.

DHERBS TERLAJAK LARIS

Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan.

Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri.

Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.

Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran.

Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja.

Siapa Yang Boleh Tegur Aliff Syukri? Sila Tonton Video Di Bawah

Sumber: Wikipedia via GedebakViral

Kredit Youtube: Boss Babe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *