‘Projek bilion-bilion, aku dapat hamper tak sampai RM50’

“Projek bilion-bilion, aku dapat hamper tak sampai RM50. B*tuh laa” demikian reaksi pengadu yang berang dengan tindakan kontraktor dari syarikat China yang didakwa telah menceroboh kawasan tanahnya sejak 18 Disember lalu.

Menurut Rizal, dia telah menghubungi dua kakitangan syarikat berkenaan bagi menuntut penjelasan. Namun kedua-duanya menekankan bahawa mereka sedang menjalankan projek untuk Kerajaan Malaysia.

Di bawah adalah kronologi kejadian yang ditulis oleh Rizal:

KRONOLOGI PENCEROBOHAN syarikat dari republik China ini ke dalam kawasan tanah aku begini ceritanya. Sedapnya baca ni kalau ada pop corn. Pasal aku yang kena, kau kat sana sedaplah melunjur kaki je.

1. Pada 18 Disember 2017, Isnin (ketika ini aku masih berada di Kuala Lumpur). Satu gerombolan pekerja Cina datang ke rumah aku di Kampung Senggora dan menyatakan hasrat utuk melakukan kerja boring. Kerja boring ini adalah satu fasa di mana kerja mengorek tanah untuk mengkaji struktur tanah tersebut sebelum dilakukan sebarang construction. Jadi, di situ mereka dapat menilai kos yang akan terlibat setelah hasil kerja boring diserahkan.

Mereka menyerahkan surat meminta kebenaran masuk dan adik aku sign. PAP! Di situlah cerita bermula. Pemilik tanah, bukan adik aku dan disitulah pencerobohan bermula. Mereka akan desak dan terus menggunakan ayat “Ini projek Kerajaan Malaysia mahu bikin kereta api laju”, jadi nampak benda itu gempak dan suci.

Menambahkan lagi kelakar, mereka menyerahkan saguhati berupakan hamper sekitar harga tak sampai RM50 sebagai tanda penghargaan bagi membenarkan mereka ‘menceroboh’.

 


2. Jadi, penceroboh ini terus membawa masuk lori ke dalam kawasan rumah aku dan loading mesin boring. Kalau tak percaya, kau Google sekarang Boring Machine. Geram juga ni, dengar kau gelak.