Seorang Ibu kongsi derita anaknya kesan dari minum susu tiruan

‘Anak muntah 9 kali sehari, muka dan badan merah-merah, demam on-off, cirit birit 11 kali sehari’

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas 210 kotak rumusan susu bayi tiruan, selepas menerima aduan dari pengadu yang juga merupakan pengeluar susu berkenaan. Rampasan bernilai RM42,000 itu dirampas dari lima buah premis yang dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Johor Bahru, Khamis lalu.