“Doktor Terpaksa Korek Miss V, Berdarah & Banyak Kotoran, PLASTIK Keluar..”, Wanita Kongsi Pengalaman Makan Jamu Tempatan Sehingga Rahim Rapat Seperti Digam!

Beberapa hari yang lalu kecoh apabila seorang wanita, Nor Suriani berkongsi pengalaman ngerinya mengambil jamu tempatan sehingga menyebabkan tisu rahimnya rosak.

Menurut Suriani, dia mengambil jamu daripada jenama terkenal itu untuk menghilangkan keputihan sebelum dia menyedari dinding farajnya terlalu rapat akibat pengambilan jamu berkenaan.

Suriani yang bimbang kemudiannya berjumpa dengan doktor sebelum doktor memberitahu bahawa tisu rahimnya seperti digam dan ada banyak kotoran dan benda asing seperti plastik keluar daripada rahimnya.

Ekoran kes berkenaan, doktor telah memesan kepada orang ramai untu berhenti menggunakan produk berkenaan selain berhati-hati ketika memilih jamu untuk diamalkan.

Berikut kami kongsikan cerita penuh yang dikongsi oleh wanita berkenaan.

Rata-rata terkejut dengan perkongsian berkenaan, bahkan ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dengan mangsa.

Sumber : lubuk maklumat