“Mulai Hari Ini Aku Haramkan Anak-anak Aku Tonton Youtube”, Dah Dua Kali Aku Dapat Kesan Anak Aku Tonton Benda Pelik Yang Tak Sepatutnya..

Jikalau anak menangis, ibu bapa selalu mengambil jalan mudah dengan memasang video di Youtube untuk mendiamkan mereka. Antara rancangan yang selalunya dipasang ialah Upin Ipin, Boboiboy dan Didi and Friends.
Namun tahukah anda kartun animasi ini ada versi dewasa? Haa jangan tak tahu! Di negara luar sudah kecoh akan hal ini apabila animasi seperti Frozen sudah ada versi lucah!
Menerusi perkongsian Cikgu Zahran di Facebook, beliau telah menyatakan sebab mengapa ia sangat berbahaya bagi anak-anak dibiarkan menonton Youtube tanpa kawalan.
Berikut apa yang ditulisnya:
“Mulai hari ini aku haramkan anak-anak aku tonton Youtube. Lepas raya ini, dah dua kali aku dapat kesan anak aku tonton benda pelik yang tak sepatutnya dilihat pada usia kanak-kanak.”
“Aku tak pasti apa matlamat mereka. Nak bagi view mencecah ribuan atau memang ada agenda merosakkan pemikiran budak-budak.”
Menurutnya, ruang cari di Youtube kini sudah jadi auto-search danautoplay. Ibu bapa mungkin menyangka anak mereka menonton Upin Ipin, walhal mereka sudah di bawa ke channel lain.

Malah menurutnya lagi, hal ini pernah berlaku semasa animasi Frozen sangat terkenal suatu masa dulu. Kini, Upin Ipin dan Boboiboy menerima nasib yang sama.
“Cuti raya dulu aku kesan anak aku perempuan tengah tengok video budak-budak lelaki bersunat. Budak-budak yang naif bukan tahu apa-apa. Aku mengamuk dan bagi last warning. Hari ini pula tengok Kak Ros tengah beranak. Hangin betul aku!”

Biar betul tu yang budak-budak tengok sekarang??
“Bila autoplay, walaupun budak-budak taip Upin Ipin, video akan ditayang berterusan jadi channel yang banyak view akan turut masuk dalam waiting list. Budak-budak ini akan klik sahaja dan algorithma Youtube akan bawa banyak lagi video dari channel lain yang makin deep.”
Tambah Zahran lagi, apa yang keluar di autoplay adalah hasil dari apa yang ditonton di bahagian history. Oleh sebab itulah yang ia akan keluarkan video pelik-pelik jikalau anda menonton benda pelik.
Namun yang menjadi ancaman utama kepada anak-anak kecil ini ialah lahirnya sebuah channel di Youtube dari negara seberang yang menerbitkan versi parodi animasi tersebut.
“Ada channel yang jahat ini dari negara seberang. Mungkin ini salah satu agenda jahat sebab Upin Ipin ini terkenal sampai ke sana. Benda ini jadi top dekat list sebab jumlah view dan populariti video tersebut.”
Melalui pendedahan ini, Zahran berharap para ibu bapa akan lebih peka dengan apa yang anak-anak mereka tonton. Dalam soal ini, kanak-kanak tidak boleh dipersalahkan kerana mereka masih muda dan tidak mengerti apa-apa.
Cuma kita risau akibat terdedah kepada benda-benda pelik nanti mereka pergi ke fasa ‘mencuba’ pula. Ngeri beb!”
Tidak apalah kalau kita menjadi sedikit kuno dan konservatif serta anti-establishment. Untuk kebaikan anak-anak kita juga di masa hadapan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usah terhantuk baru tengadah!

Sumber: Lobakmerah.com

kredit link; http://sehinggit.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *