Aplikasi Google Drive Buat Windows Dan Mac Bakal Ditamatkan Tidak Lama Lagi

Sekiranya anda masih menggunakan aplikasi Google Drive atau Google Photos pada PC atau Mac, pastikan anda dapatkan aplikasi ‘peganti’ yang baru kerana kedua-dua aplikasi ini ditamatkan servis pada 11 Disember 2017 ini.

Hasrat ini dibuat dalam membolehkan pengguna mengakses dokumen dan gambar secara serentak berbanding sebelum ini yang memerlukan pengguna mendapatkan dua aplikasi berbeza. Aplikasi peganti yang dimaksudkan adalah Goeogle Backup and Sync.

Buat pengguna yang masih menyimpan Google Drive ini pada platform Windows dan Mac, anda akan turut menerima notifikasi untuk mendapatkan aplikasi Google Back & Sync sebelum dilenyapkan pada 12 Mac 2018.

Adakah Google Drive merupakan pilihan utama sekiranya anda ingin menyimpan sesebuah fail atau dokumen? Kongsikan dengan kami aplikasi cloud storage yang anda paling selesa di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *