Bayi Pramatang? Ini Salah Satu Dari Puncanya

Di saat mengandung, ibu-ibu hamil perlu menjaga macam-macam perkara termasuklah pemakanan, gaya hidup dan yang paling penting, mendapatkan rehat yang cukup. Rehat yang cukup bagi ibu hamil bermakna rehat yang cukup bagi bayi dalam rahim yang sedang membesar.

sleep disorders

Antara salah satu punca kelahiran pra-matang adalah ibu yang tidak mendapatkan rehat yang cukup. Dan punca kepada masalah ini berkait rapat dengan gangguan tidur yang dialami ibu hamil. Dalam satu kajian, gangguan tidur pada ibu hamil seperti insomnia dan apnea ketika tidur meningkatkan risiko melahirkan bayi pramatang.

Penemuan ini dapat memberikan amaran awal kepada doktor mengenai kelahiran pramatang. Ia juga dapat memberikan peluang kepada doktor untuk meminimumkan risiko kelahiran awal, jika gangguan tidur dapat diuruskan ketika hamil.

premature

Kajian tersebut dilakukan oleh Universiti California (San Francisco), yang mana memberikan kesedaran kepada ibu hamil yang menghadapi masalah tidur tetapi tidak mengetahui kesan kepada bayi dalam kandungan. Ini merupakan kajian pertama yang mengkaji kesan insomnia terhadap kehamilan.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan 2,265 wanita hamil yang mempunyai faktor risiko kelahiran pra-matang, termasuklah merokok dan tekanan darah tinggi, serta motif kajian iaitu gangguan tidur.

Kesemua wanita ini diletakkan dalam kumpulan yang sama berdasarkan faktor-faktor tersebut dan setelah kajian dibuat, mereka mendapati bahawa kebarangkalian untuk mengalami kelahiran pramatang (sebelum 37 minggu) bagi ibu yang mengalami masalah tidur adalah sebanyak 14.6% berbanding 10.6% bagi mereka yang tidak.

Dan bagi bagi mereka yang mengalami insomnia dan sleep apnea, risikonya adalah dua kali ganda iaitu 29.2%.

Apa yang mengujakan mengenai kajian ini adalah gangguan tidur adalah faktor risiko yang boleh diubahsuai,” Jennifer Felder, Ketua Kajian

Menurut Jennifer lagi, terapi kognitif adalah salah satu rawatan berpotensi yang sedang diusahakan oleh mereka untuk cuba dan mengurangkan risiko tersebut dan tidak memerlukan sebarang ubatan.

Sumber :

1. Insight

2. Science Alert